Bengkel Keusahawanan Digital – Pemasaran Digital
22 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Bengkel Keusahawanan Digital – Pemasaran Digital yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 12:30 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh tiga (3) orang peserta.
Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan pemasaran pada masa kini yang lebih menggunakan digital. Peserta diterangkan tentang asas - asas keusahawanan dan asas keusahawanan digital. Antara pengisian kelas tersebut juga, peserta diterangkan tentang strategi dalam meningkatkan potensi jualan, penggunaan platform media sosial atas talian bagi tujuan promosi dan jualan. Semua peserta telah memberi respon yang positif kepada penceramah dengan baik. Pada akhir sesi kelas tersebut, peserta dan penceramah telah berbincang tentang perniagaan yang dijalankan oleh peserta dan mendaftar menjadi Usahawan NADI Rantau Panjang.
Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran keusahawan dan ICT dalam kalangan komuniti luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: